Saturday, June 19, 2010

Kerana nama & pangkat atau benar-benar jihad?

Assalamualaikum...

"Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya,
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datangnya."
________________________________

Sampai masanya saya ingin mengupas 1 isu yang serius, yang dewasa kini semakin menular TANPA TUJUAN YANG BENAR & TEPAT di kalangan anak-anak muda sekarang. Pastinya pembaca ada mengetahui kewujudan kumpulan-kumpulan yang berlandaskan "BROTHERHOOD".

Sebelum itu izinkan saya menjelaskan di sini bahawa post ini ADALAH PANDANGAN & PENDAPAT SAYA SEMATA-MATA. Bukan untuk menghentam kumpulan atau ahli-ahli kumpulan tertentu (maaf jika istilah 'kumpulan' bukan istilah yang tepat).

Kumpulan ini ada yang membawa niat pertubuhan yang baik seperti; amal makruf nahi mungkar. tetapi yang menjadi isu bagi saya sendiri adalah KEGHAIRAHAN ANAK-ANAK MUDA MENYERTAI KUMPULAN SEPERTI INI TANPA HALA TUJU & NIAT YANG SALAH. saya sendiri bukanlah seorang ahli bagi mana-mana kumpulan seperti ini, namun saya agak terkilan dengan golongan yang dikatakan telah menyertai kumpulan-kumpulan ini.

Sesetengah golongan ini yang mempunyai pangkat dan yang menjadi kurang enak ialah imej mereka iaitu (bukan semua abang long begini)golongan ini saya lihat BIASA MEMAKAI GELANG & RANTAI. Saya ingin memetik tulisan Ust. Haji Kamal di dalam blog beliau tentang perkara ini:

"Al-Fadhil Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus menjelaskan bahawa hukum memakai gelang bagi lelaki adalah haram kerana ia termasuk di dalam kategori menyerupai perhiasan wanita tetapi sekiranya pemakaian gelang tersebut dengan tujuan semata-mata perubatan, ianya adalah diharuskan. Keharusan hukum itu akan terhenti setelah penggunaan gelang tersebut sebagai alat pengubatan tidak diperlukan lagi atau apabila terbukti tidak memberikan apa-apa kesan kepada kesihatan tubuh badan pengguna.

Dipetik dari laman web Edymium-Gelang Magnet, Ustaz Zamri Hashim, Ketua Penolong Mufti Negeri Perak berkata pemakaian gelang bermagnet (berharga antara RM200-RM300 seutas) yang dikatakan mempunyai unsur perubatan dan kini menjadi satu trend adalah harus sekiranya memenuhi empat syarat yang ditetapkan, iaitu :

1. pemakai gelang bermagnet itu tidak beri'tiqad bahawa ia memberi kesan kerana yang memberi kesan adalah Allah SWT.

2. tidak berniat memakai gelang berkenaan kerana menyerupai wanita.

3. bukan bertujuan untuk bermegah-megah.

4. Haram memakai gelang yang diperbuat daripada emas."

Dari pemerhatian saya, golongan ini telah menggunakan gelang & rantai terlalu lama. Perlu diingatkan, jika kita terlalu taksub dengan kebaikan gelang dan rantai tersebut, bimbang sehingga membawa kepada hukum lain seperti KHURAFAT. imej yang sedemikian juga turut mempengaruhi anak-anak buah golongan ini.

oleh hal yang demikian, tak hairanlah kita sering melihat ahli-ahli kumpulan ini sering memakai perhiasan yang saya sebut tadi dan mungkin tidak terlampau jika saya mengatakan ada antara mereka yang memakai SUBANG & BERTATU kerana hal ini benar-benar berlaku! Orang MELAYU, beragama ISLAM, MEMAKAI TATU & SUBANG.

Tidak semua kumpulan membenarkan ahli-ahlinya mempunyai imej sedemikian kerana adanya program pemulihan yang saya faham bertujuan untuk membimbing ahli kumpulan pulang ke niat sebenar kumpulan itu ditubuhkan. KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA. itulah senario yang berlaku dalam kumpulan-kumpulan seperti ini kerana ada segelintir ahli-ahli mereka tidak mengikuti niat asal kumpulan ini ditubuhkan.

Anak-anak muda sekarang pula berlumba-lumba untuk memasuki kumpulan ini, sanggup melakukan ikrar tapi melanggar pula ikrar yang dibuat selepas menjadi ahli kumpulan ini.

"ala rilex la bro, kalo gua maen pempuan ke, ape ke, bos gua mesti sep wa punye, xkan die nak bagi malu diri die kat bos besar gak"

"ala, bos gua pon maen gak, pehal lu nak sibuk-sibuk?"

mungkin inilah yang berlaku tetapi ini hanya anggapan saya sahaja, bukan tuduhan kepada ahli kumpulan ini. tapi tidak mustahil berlaku dalam situasi hidup yang sebenar. Isu utama yang berkemungkinan besar di sini ialah KEPIMPINAN TIADA TAULADAN.

tiada salahnya jika pembaca ingin menyertai kumpulan yang saya sebutkan sebentar tadi, malah saya amat menggalakkan sekiranya pembaca berniat untuk menolong saudara sebangsa seagama disamping mendidik diri sendiri menjadi seorang bangsa melayu yang taat pada suruhan agama Islam dengan menyertai kumpulan seperti ini sekiranya pembaca benar-benar yakin perjuangan dan niat yang dijunjung kumpulan ini adalah selari dengan syarak agama Islam.

Saya bukanlah ulama & bukan juga guru agama tetapi pada pendapat saya, jika ingin mentarbiah orang lain, kita kenalah mentarbiahkan diri kita terlebih dahulu. Imej & sikap perlulah selari dengan perjuangan untuk menegakkan jalan Allah yakni dengan mempunyai imej dan sikap yang baik untuk dijadikan contoh kepada anak-anak buah dan orang yang ditarbiah.

Semoga dengan tulisan ini, kita sama-sama mendapat input yang baik dan dimanfaatkan dengan dipanjang-panjangkan kepada orang lain agar menjadi peringatan walaupun tidak seberapa dari diri saya yang masih belajar dan banyak kelemahan ini. Wallahualam.

Thursday, June 17, 2010

Zaman kanak-kanak...hee~

"Hujan reda ribut berdengung,
Tanam pinang di jeram hulu,
Mengapa saya duduk termenung?,
Merindu zaman yang sudah berlalu"
__________________________________

Pagi tadi meraung adek bongsu aku. bibir die ade luke n nanah kecik, mak aku nak bawak g hospital, lagi la die meraung macam nak putus nyawa. tu la budak-budak, aku mase kecik dulu gitu gak, sanggup lari jauh x nak g spital jumpe doktor..hahaha....bese la dak kecik, macam2 yang ditakutkankan, momok la, anjing la, doktor la, ayah la (tu memang takut gile sebab silap aribulan wat hal memang makan tali pinggang askar la koz bapak aku dulu askar).

dulu penah aku degil lawan cakap mak aku, die larang aku g main kat luar, aku degil, pegi gak men kat taman menan, last-last aku jatuh patah tangan, sape-sape yang penah jumpe aku nampak la tangan aku yang bengkok jatuh patah tangan mase kecik dulu...haru...punah cita-cita aku nak jadi askar tangan da patah, tapi tuhan tu penuh kasih sayang, die temukan aku dengan bidang kejuruteraan marin yang aku memang amat minat.

banyak sebenanye aku nak btau dalam blog ni pasal zaman kanak-kanak aku dulu tapi aku rase bek aku cite len kali bile terserempak dengan event-event yang mengingatkan aku pade zaman tu. Pape pon, aku amat rindukan KENAIFAN & KESUCIAN diri aku mase jadi kanak-kanak.

Wednesday, June 16, 2010

Assalamualaikum W.B.T

"Asal dari Bukit Siguntang

Kisah hikayat tidak terperi

Kami mengucap selamat datang

Hadir tuan menambah seri"
_____________________________

"Pakai selendang sudah sebati

Cempaka mekar kembang ditaman

Pantun bersendal akal dan budi

Pusaka tatang zaman berzaman"
_____________________________

"Bunga kecubung warna ungu

Ditatah berlian batu bermutu

Adat Melayu menyambut tetamu

Hamparkan tikar lebarkan pintu"
_____________________________

Pantun adalah pembuka bicara yang amat manis yang kian dilupakan oleh anak bangsa Melayu kita sendiri. Bagi menyanjung dan memelihara adat resam yang unik ini, InsyaAllah setiap post saya akan dimulakan dengan pantun selepas salam.

Selamat datang ke blog saya, Tinta & kalam hati Afiq Hazafi...